-

-

Saturday 7 May 2011

QIRA'ATI DEWASA

HADIQATUL QUR'AN CENTER telah mengadakan program pengajian Qira'ati untuk Dewasa lelaki dan wanita.Program ini bertujuan untuk membantu saudara2 seagama yang masih ramai tidak tahu baca Al-Qur'an diluar sana.Usaha yang kerdil ini semoga ia mendapat bantuan dari Allah s.w.t dan menghasilkan kejayaan pada satu masa nanti.
Program Qira'ati Dewasa ini disasarkan kepada saudara2 yang baru nak mula belajar Qur'an, tak kira peringkat umur samada muda atau tua.Kami sentiasa bersedia membantu anda sekadar kemampuan yang ada.Tekad yang tinggi serta kemahuan yang kuat yang ada pada diri anda dapat membantu kejayaan dan kecemerlangan masa depan anda.
Sepanjang program ini berjalan selama 2 tahun lebih kurang, kini nampak jelas kejayaan ramai peserta yang Istiqamah hadir dan berusaha.Ada diantara mereka yang telah mencapai 15 Juzu' dan ada yang lebih dari itu.Ini satu kejayaan yang boleh dibanggakan.Kenapa tidak ! Mereka asalnya tidak tahu baca Qur'an, mereka mula dengan kosong "0" ,hari ini mereka telah mampu baca Qur'an, mereka telah melangkah jauh kehadapan, meninggalkan masa lampau, meninggalkan kawan2 yang masih mencari2 sehingga kini.Inilah hasil yang boleh dijadikan ikutan dan dorongan kepada anda yang belum menceburi.

QIRA'ATI DEWASA LELAKI

i- Jadual mingguan :

Ahad hingga Rabu ( 9.00 – 11.00mlm ) 4 kali seminggu.


ii- Bayaran Rm 30.00 sebulan
- Pendaftaran Rm 10.00
- Bayaran dibuat sebelum 5 haribulan setiap bulan.

iii- Anda akan pelajari :

1- Peserta yang belum mengenal / belum mampu membaca Al-Qur'an

 Mula dengan belajar buku Iqra' mengikut tahap kelancaran, jika lancar 3 helai sehari.
 Berguru secara individu.
 Anda datang, tunggu giliran, baca, pulang.

2- Peserta yang sudah mengenal / mampu membaca Al-Qur'an.
 Bagi peserta yang kurang lancar, mula dengan belajar Iqra' yang sesuai dengan tahapnya.
 Bagi peserta yang sudah mengenal bacaan Qur'an, terus mula dengan bacaan Qur'an.Jika lancar boleh baca satu muka sehari, begitulah jumlah bacaan ayat diberikan menurut kelancaran.
 Fokus kepada pembetulan Tajwid dan sebutan.

v- Keistimewaan kami :

 Kelas yang berhawa dingin, luas dan selesa.
 Harga yang berpatutan, puas hati dan berbaloi.
 Datang pada keluasan masa, awal atau akhir.
 Guru lelaki yang mengajar anda.
 Anda sibuk, tidak ada masa, anda dapat luang masa 2 hari seminggu sudah cukup.
 Tidak ada had umur, anda berminat serta ada kesedaran yang tinggi, anda layak belajar.

QIRA'ATI DEWASA WANITA

i- Jadual mingguan :

Jumaat hingga Isnin ( 4.30 – 6.45ptg ) 4 kali seminggu.


ii- Bayaran Rm 30.00 sebulan
- Pendaftaran Rm 10.00
- Bayaran dibuat sebelum 5 haribulan setiap bulan.

iii- Anda akan pelajari :

1- Peserta yang belum mengenal / belum mampu membaca Al-Qur'an

 Mula dengan belajar buku Iqra' mengikut tahap kelancaran, jika lancar 3 helai sehari.
 Berguru secara individu.
 Anda datang, tunggu giliran, baca, pulang.

2- Peserta yang sudah mengenal / mampu membaca Al-Qur'an.
 Bagi peserta yang kurang lancar, mula dengan belajar Iqra' yang sesuai dengan tahapnya.
 Bagi peserta yang sudah mengenal bacaan Qur'an, terus mula dengan bacaan Qur'an.Jika lancar boleh baca satu muka sehari, begitulah jumlah bacaan ayat diberikan menurut kelancaran.
 Fokus kepada pembetulan Tajwid dan sebutan.

v- Keistimewaan kami :

 Kelas yang berhawa dingin, luas dan selesa.
 Harga yang berpatutan, puas hati dan berbaloi.
 Datang pada keluasan masa, awal atau akhir.
 Guru perempuan yang mengajar anda.
 Anda sibuk, tidak ada masa, anda dapat luang masa 2 hari seminggu sudah cukup.
 Tidak ada had umur, anda berminat serta ada kesedaran yang tinggi, anda layak belajar.

No comments:

Post a Comment