-

-

Saturday 7 May 2011

PROGRAM AKAN DATANG

BAHASA ARAB

1-BAHASA ARAB DEWASA
Anda akan diajar dan dibimbing dari tahap ketahap sehingga anda mampu bercakap dengan bahasa Arab yang mudah.
i-Pengajian

Pengajian level pertama selama tiga bulan, fokos kepada :
1)- Memahamkan beberapa kaedah-kaedah asas secara mudah dan ringkas.
2)- Fokus kepada belajar cara-cara bina ayat, latih bercakap dengan bahasa yang mudah dan menulis ayat-ayat ringkas.

ii-Sasaran

- Terbuka kepada dewasa sahaja samada lelaki atau wanita, yang sudah mampu membaca Al-Quran.

2-BAHASA ARAB AL-QUR'AN

Fokos kepada beberapa

QIRA'ATI DEWASA

HADIQATUL QUR'AN CENTER telah mengadakan program pengajian Qira'ati untuk Dewasa lelaki dan wanita.Program ini bertujuan untuk membantu saudara2 seagama yang masih ramai tidak tahu baca Al-Qur'an diluar sana.Usaha yang kerdil ini semoga ia mendapat bantuan dari Allah s.w.t dan menghasilkan kejayaan pada satu masa nanti.
Program Qira'ati Dewasa ini disasarkan kepada saudara2 yang baru nak mula belajar Qur'an, tak kira peringkat umur samada muda atau tua.Kami sentiasa bersedia membantu anda sekadar kemampuan yang ada.Tekad yang tinggi serta kemahuan yang kuat yang ada pada diri anda dapat membantu kejayaan dan kecemerlangan masa depan anda.
Sepanjang program ini berjalan selama 2 tahun lebih kurang, kini nampak jelas kejayaan ramai peserta yang Istiqamah hadir dan berusaha.Ada diantara mereka yang telah mencapai 15 Juzu' dan ada yang lebih dari itu.Ini satu kejayaan yang boleh dibanggakan.Kenapa tidak ! Mereka asalnya tidak tahu baca Qur'an, mereka mula dengan kosong "0" ,hari ini mereka telah mampu baca Qur'an, mereka telah melangkah jauh kehadapan, meninggalkan masa lampau, meninggalkan kawan2 yang masih mencari2 sehingga kini.Inilah hasil yang boleh dijadikan ikutan dan dorongan kepada anda yang belum menceburi.

QIRA'ATI DEWASA LELAKI

i- Jadual mingguan :

Ahad hingga Rabu ( 9.00 – 11.00mlm ) 4 kali seminggu.


ii- Bayaran Rm 30.00 sebulan
- Pendaftaran Rm 10.00
- Bayaran dibuat sebelum 5 haribulan setiap bulan.

iii- Anda akan pelajari :

1- Peserta yang belum mengenal / belum mampu membaca Al-Qur'an

 Mula dengan belajar buku Iqra' mengikut tahap kelancaran, jika lancar 3 helai sehari.
 Berguru secara individu.
 Anda datang, tunggu giliran, baca, pulang.

2- Peserta yang sudah mengenal / mampu membaca Al-Qur'an.
 Bagi peserta yang kurang lancar, mula dengan belajar Iqra' yang sesuai dengan tahapnya.
 Bagi peserta yang sudah mengenal bacaan Qur'an, terus mula dengan bacaan Qur'an.Jika lancar boleh baca satu muka sehari, begitulah jumlah bacaan ayat diberikan menurut kelancaran.
 Fokus kepada pembetulan Tajwid dan sebutan.

v- Keistimewaan kami :

 Kelas yang berhawa dingin, luas dan selesa.
 Harga yang berpatutan, puas hati dan berbaloi.
 Datang pada keluasan masa, awal atau akhir.
 Guru lelaki yang mengajar anda.
 Anda sibuk, tidak ada masa, anda dapat luang masa 2 hari seminggu sudah cukup.
 Tidak ada had umur, anda berminat serta ada kesedaran yang tinggi, anda layak belajar.

QIRA'ATI DEWASA WANITA

i- Jadual mingguan :

Jumaat hingga Isnin ( 4.30 – 6.45ptg ) 4 kali seminggu.


ii- Bayaran Rm 30.00 sebulan
- Pendaftaran Rm 10.00
- Bayaran dibuat sebelum 5 haribulan setiap bulan.

iii- Anda akan pelajari :

1- Peserta yang belum mengenal / belum mampu membaca Al-Qur'an

 Mula dengan belajar buku Iqra' mengikut tahap kelancaran, jika lancar 3 helai sehari.
 Berguru secara individu.
 Anda datang, tunggu giliran, baca, pulang.

2- Peserta yang sudah mengenal / mampu membaca Al-Qur'an.
 Bagi peserta yang kurang lancar, mula dengan belajar Iqra' yang sesuai dengan tahapnya.
 Bagi peserta yang sudah mengenal bacaan Qur'an, terus mula dengan bacaan Qur'an.Jika lancar boleh baca satu muka sehari, begitulah jumlah bacaan ayat diberikan menurut kelancaran.
 Fokus kepada pembetulan Tajwid dan sebutan.

v- Keistimewaan kami :

 Kelas yang berhawa dingin, luas dan selesa.
 Harga yang berpatutan, puas hati dan berbaloi.
 Datang pada keluasan masa, awal atau akhir.
 Guru perempuan yang mengajar anda.
 Anda sibuk, tidak ada masa, anda dapat luang masa 2 hari seminggu sudah cukup.
 Tidak ada had umur, anda berminat serta ada kesedaran yang tinggi, anda layak belajar.

TUISYEN BAHASA ARAB TINGGI (SPM)

- Tuisyen Bahasa Arab Tinggi SPM (Bincang Koleksi kertas soalan peperiksaan 2004 - 2010)
- Belajar hanya sekali/sehari seminggu selama 2 jam.

i- Jadual setahun :

Kali Pertama :
4 Feb 2011 – 27 Mei 2011
- 10.30 – 12.30tgh (Jumaat Shj)

Kali Kedua :
10 Jun 2011 – 11 Nov 2011
- Selasa ( 5.00 – 7.00 ptg)
- Rabu ( 5.00 – 7.00 ptg)


ii- Anda akan pelajari

 Bincang soalan demi soalan serta latihtubi.
 Pemahaman secara terperinci tajuk2 yang berkaitan dengan soalan.
 Latihtubi menulis karangan serta pemahaman kaedah menulis.


ii- Bayaran
- RM 30.00 Sebulan Rm 10.00 pendaftaran
- Termasuk nota Bahasa Arab tambahan

INTENSIF BAHASA ARAB

Pengajian selama 25 Hari / 50 Jam.
1)-Pengajian pada musim cuti akhir tahun, Ahad hingga khamis, dua jam sehari.
2)- Fokus, sasaran dan tahap yang sangat sesuai kepada pelajar bakal ketingkatan satu dan bakal menduduki peperiksaan PMR.

i- Jadual Belajar :

21 Nov 2011 – 26 Dec 2011
- Sesi Pertama : 8.00 – 10.00pg
- Sesi Kedua : 10.30 – 12.30tgh
- Sesi Ketiga : 2.30 – 4.30ptg

ii- ANDA AKAN PELAJARI :

 Kaedah2 mudah untuk memahami Bahasa Arab.
 Latihtubi perkataan hingga dapat menghafalnya.
 Latihtubi terjemah petikan mudah teks pengajian.

iii- Bayaran RM 250
- Termasuk Pendaftaran + Buku Teks + Belajar 25 Hari / 50 Jam.
- Bayaran dibuat ketika daftar sekaligus.

BAHASA ARAB PENDEKATAN UNIVERSITI ISLAM MADINAH

Universiti Islam Madinah Arab Saudi memperkenalkan kaedah mengajar Bahasa Arab yang lebih efektif dan sistemetik.Dalam masa dan tempoh yang singkat pelajar-pelajar mampu menguasai Bahasa Arab samada memahami, menulis, membaca dan bercakap dengan Bahasa Arab yang mudah.

Pendekatan ini telah dipraktik dan dilaksanakan di Malaysia khususnya di Kelantan dibeberapa tempat, jelas terbukti kejayaan dan kecemerlangan kepada peserta-peserta yang mengikuti, setelah nampak kemampuan mereka menguasai Bahasa Arab dan cemerlang mata pelajaran Bahasa Arab dalam peperiksaan PMRU, PMR, SMU dan SPM.Sistem ini mengguna pakai tiga level untuk tiga peringkat.

LEVEL SATU

Pengajian selama tiga bulan setiap Jumaat & Sabtu, fokos 3 pokok asas :
1)- Memahamkan beberapa kaedah-kaedah asas secara mudah dan ringkas.
2)- Membekalkan perkataan hampir 200 perkataan dengan mengulang-ulang sebagai cara mudah mengigati.
3)-Memperbanyakan latih tubi latihan-latihan samada menulis, membaca dan bercakap.

i- Jadual Setahun :-

Kali Pertama :
7 Jan 2011 – 26 Mac 2011
- Sesi Pertama : 8.30 – 10.00pg

Kali Kedua :
15 Apr 2011 – 20 Ogos 2011
- Sesi Pertama : 8.30 – 10.00pg

Kali Ketiga :
2 Sept 2011 – 24 Dec 2011
- Sesi Pertama : 8.30 – 10.00pg

ii- SASARAN

Terbuka kepada semua peringkat umur samada lelaki atau wanita, pelajar atau pekerja.Anda mampu membaca Al-quran, anda layak belajar Bahasa Arab.

iii- BAYARAN

Level Satu : Rm250.00 (Pakej 3 Bulan + Buku )





LEVEL DUA

Pengajian selama 10 bulan, fokos kepada dua pokok asas :

1)- Penulisan teks iaitu dengan memperbanyakan latih tubi terjemah teks melayu ke Bahasa Arab dan juga terjemah teks Arab ke Bahasa Melayu.
2)- Perbualan dan kemunikasi yang dibimbing oleh guru Arab.

i- Jadual :-
- Bermula pada Bulan Januari setiap tahun
- Pengajian 2 kali seminggu( Jumaat & Sabtu )


ii- SASARAN

Terbuka kepada semua peringkat umur samada lelaki atau wanita, pelajar atau pekerja.Anda mampu membaca Al-quran, anda layak belajar Bahasa Arab.

iii- BAYARAN

Level dua : Rm 60.00 Sebulan + Buku